Sahabat Pencinta Bekam

iklan terbaru

iklan terbaru
Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Bekam, Urutan Badan, dan Rendaman kaki untuk membuang toksin dalam tubuh badan.

Si CoMeL

Wednesday, January 28, 2015

TANDA-TANDA ANDA DIGANGGU MAKHLUK HALUS !!!

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama.



Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.

2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-

1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.

2. Mata pesakit mula melilau

3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.

4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.

5. Pesakit pengsan.

Dipetik dan ditanam semula dari: DARUL SYIFA'

Wednesday, November 26, 2014

BEKAM WAJAH MENAIKKAN SERI WAJAH

Gambar hiasan daripada www.kosmo.com.my



BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) daripada tubuh badan melalui permukaan kulit. 
Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. 

Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya. Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.

Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, perkhidmatan bekam wajah ditawarkan di spa itu sejak enam tahun lalu. “Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.


 “Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,” ujarnya. Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz3KIKuuPWb 

Saturday, November 22, 2014

SOALAN-SOALAN ASAS MENGENAI BEKAM



1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

3) Apakah tarikh yang sesuai untuk rawatan bekam darah?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sebelum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan supaya tidak makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan atau tidur dan cuba elakkan memakan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti makanan laut, telur ayam, daging ayam dan sebagainya serta tidak minum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Sebaik-baiknya berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

10) Berapa lama masa yang diambil untuk rawatan?
Biasanya untuk bekam sunnah di badan (10 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?
Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

12) Apakah tanda-tanda yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?
Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan garu cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal tersebut. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kepada keadaan seseorang itu. Kesan-kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?
Bagi rawatan bekam sunnah atau darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?
Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...